Pemimpin di negara-negara Timur Tengah harus belajar daripada Singapura bagaimana parti pemerintahnya mampu bangkit daripada kemunduran politik dan berjaya mendapatkan semula kepercayaan rakyat, kata Rakan Kongsi dan Pengerusi Institut Global KKR, Jeneral (Bersara) David Petraeus.
Berucap dalam dialog anjuran Institut Timur Tengah (MEI) pada 11 Disember di Hotel Orchard, Encik Petraeus memuji keupayaan pemerintah Singapura menambat semula kepercayaan rakyat sebagai...





