Rindu menyapa kau berdiri di situ Mencari aku dicelah bayanganmu Kaki gunung Adam dan Hawa bertemu Memecah 200 tahun rantai waktu.
Di situ juga pernah kau dakap rindu, Mencariku dalam harapan dan doamu, Tanpa petunjuk dan bayang tertentu. Tiada terbaca suratan namaku.





