Pekerjaan penduduk – merujuk kepada warga Singapura dan penduduk tetap (PR) – berkembang dengan kukuh pada suku ketiga 2024 dalam sektor berkemahiran tinggi dan bergaji lebih tinggi, dan walaupun jumlah jawatan kosong menurun, masih terdapat lebih banyak peluang pekerjaan berbanding jumlah penganggur.
Jumlah jawatan kosong pada September adalah sebanyak 63,400, turun daripada 81,200 pada Jun, menurut data Kementerian Tenaga Manusia...





