Skim Subsidi Yuran Tuisyen Pengajian Tinggi (TTFS) ialah subsidi pendidikan untuk warga Singapura atau pelajar Melayu yang berstatus penduduk tetap (PR) Singapura. Skim ini menanggung yuran pengajian mereka di institusi pengajian tinggi tempatan.
Berkuat kuasa 1 Januari 2011, pelajar berbangsa dua laras, yang mempunyai ‘Melayu’ sebagai komponen utama (seperti Melayu-India atau Melayu-Cina), juga layak untuk skim tersebut.





