KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, giat menjalankan misi meningkatkan perdagangan dan pelaburan Asean yang beliau percaya pada masa ini tidak mencukupi, sedang Malaysia bersiap sedia untuk mengambil alih jawatan Pengerusi Asean pada 2025.
Sehubungan itu, Datuk Anwar berkata beliau akan menumpukan usahanya memperkasa Grid Tenaga Asean dan terus mempergiatkan pendigitalan yang lebih menyeluruh dalam kalangan negara...





