Pusat Sokongan Keluarga As-Salaam Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), yang sebelum ini dikenali sebagai Agensi Khusus Bantuan Perceraian, akan beralih ke Program Pengukuhan Keluarga@Pusat Perkhidmatan Keluarga (FAM@FSC) mulai 1 April 2025.
Perkembangan itu mencerminkan kemampuan tambahan pusat tersebut untuk sediakan perkhidmatan berkaitan trauma yang lebih meluas kepada semua keluarga di Singapura.





