Undang-undang baru untuk menggalakkan dan memperkukuh pengantaraan dan dialog antara jiran sekiranya terdapat pertikaian, dan bukannya sekadar meminta pihak berkuasa campur tangan pada peringkat pertama, diluluskan di Parlimen pada 12 November.
Rang Undang-Undang Penyelesaian Pertikaian Masyarakat (Pindaan) dibentangkan Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Undang-Undang, Encik Edwin Tong dan Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pembangunan Negara), Cik...





