Kolej Pengajian Islam Singapura (SCIS) akan menerima kumpulan 60 pelajar pertamanya pada 2028, bagi melanjutkan pengajian sepenuh masa dalam program sarjana muda dalam jurusan pengajian Islam atau sains kemasyarakatan.
Berkongsi demikian dalam satu wawancara bersama media pada 11 November, Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir berkata pelajar kolej itu akan mengikuti kuliah dan kelas di Kampus Bencoolen Majlis Ugama Islam Singapura...





