Berbekalkan pengalaman hampir dua dekad dalam sektor prasekolah, Cik Noretta Jacob, menubuhkan syarikat perundingan pendidikan awal kanak-kanak, Safar Training and Consultancy, dengan hasrat berkongsi pengetahuan yang diraih dengan pendidik, ibu bapa dan kanak-kanak, khususnya dalam masyarakat Melayu/Islam.
Sejak ditubuhkan pada 2019, beliau gigih memperkenalkan dirinya dan khidmat yang ditawarkan, termasuk program pengayaan menulis dan membaca untuk kanak-kanak, serta bengkel pembangunan...





