Syarikat teknologi sedang berusaha menyediakan produk alat pengesan asap e-rokok, berikutan peningkatan mendadak dalam rampasan ‘vape’ di Singapura.
Antaranya ialah syarikat komunikasi dan keselamatan, Motorola Solutions, sejak September telah memasarkan alat pengesan pintar, Halo Smart Sensor, di organisasi-organisasi di sini, termasuk di sekolah-sekolah yang menunjukkan peningkatan pelajar yang ditangkap menggunakan e-rokok.





