Singapura telah menerbitkan Strategi Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) Nasional dalam usaha memperkukuh rangka kerja untuk membanteras risiko pengubahan wang haram yang semakin kompleks.
Strategi AML Nasional mengetengahkan tiga tonggak utama – pencegahan jenayah daripada memasuki dan menyalahgunakan sistem Singapura; mengesan dan mengenal pasti aliran dan kegiatan haram untuk memastikan tindakan tepat pada masanya; serta penguatkuasaan tindakan tegas terhadap individu...





