Seorang wanita berusia 25 tahun sedang membantu siasatan polis selepas seorang budak lelaki dilihat berdiri di pinggir tembok di luar tingkap tingkat tiga blok HDB di Canberra Road, sebelum diselamatkan orang awam.
Video kejadian pada 20 Oktober itu tular di media sosial. Ia menunjukkan seorang budak lelaki, memakai baju tidur, merenung kosong ke hadapan ketika dia berdiri di pinggir tembok...





