Penggiat teater Melayu di Singapura mahupun yang berhijrah ke luar negara tidak membiarkan wabak Covid-19 memendakkan semangat mereka. Masing-masing berusaha menukik wadah digital sebagai ruang mementaskan persembahan unik sejajar dengan kecanggihan teknologi. Ada juga yang melibatkan penggiat teater mapan untuk sama-sama berkongsi ilmu dengan aktivis muda. Turut dimanfaatkan adalah Geran Penerbitan Digital dari Majlis Seni Kebangsaan (NAC). BERITA HARIAN melaporkan.





