Topic followed successfully
Go to BHku'Panggung Digital' penerus seni lakonan suara
'Panggung Digital' penerus seni lakonan suara
'Panggung Digital' penerus seni lakonan suara
Penggiat teater Melayu di Singapura mahupun yang berhijrah ke luar negara tidak membiarkan wabak Covid-19 memendakkan semangat mereka. Masing-masing berusaha menukik wadah digital sebagai ruang mementaskan persembahan unik sejajar dengan kecanggihan teknologi. Ada juga yang melibatkan penggiat teater mapan untuk sama-sama berkongsi ilmu dengan aktivis muda. Turut dimanfaatkan adalah Geran Penerbitan Digital dari Majlis Seni Kebangsaan (NAC). BERITA HARIAN melaporkan.
KETIKA badai Covid-19 melanda dan menjejas kegiatan penggiat seni teater setempat, dua sahabat seni, Saiful Amri Ahmad Elahi dan M Fadlin perlu memikirkan sesuatu yang kreatif agar tidak menghambat mood berkarya.

