Peminat astronomi boleh melihat dengan jelas komet yang biasanya sukar dipandang dengan mata kasar pada sebelah malam antara 14 dengan 20 Oktober ini tanpa menggunakan teropong atau teleskop.
Masyarakat astronomi di Singapura berkata Komet C/2023 A3 (Tsuchinshan–Atlas) – yang dikesan di ruang udara Singapura sejak beberapa minggu lalu semasa sejam sebelum matahari terbit – lebih mudah dilihat di bahagian barat...





