KUALA LUMPUR: Singapura menebus kekecewaan hilangnya pingat emas semalam apabila gandingan Debbie Soh dan Miya Yong Hsing menewaskan pasangan tuan rumah dalam pertandingan renang berirama rutin duet yang diadakan tadi di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil.
Pasangan Singapura telah mencatatkan 75.1791 manakala Malaysia yang menampilkan pasangan duet Gan Hua Wei dan Lee Yhing Huey memperoleh perak dengan 74.3659.





