WAJARKAH penyanyi legenda seperti Ratu Jaz Malaysia Datuk Sheila Majid dan bintang bertaraf antarabangsa Yuna diletakkan dalam kategori yang sama dengan artis baru lagi muda seperti Isyana Sarasvati dari Indonesia?
Kata-kata ini bermain di minda wartawan dan turut menjadi bahan perbualan pengamat muzik Melayu apabila melihat senarai pencalonan Anugerah Planet Muzik (APM) bagi Artis Terbaik (Wanita) mahupun Artis Terbaik (Lelaki).





