SIAPA lebih 'bertaring' di pentas Anugerah Planet Muzik (APM) yang berlangsung pada 30 September ini di Teater Mediacorp - Idola Singapura atau juara Akademi Fantasia 2015?
Si idola pujaan ramai, Taufik Batisah, 34 tahun, dan bintang muda yang meningkat naik namanya, Sufi Rashid, 25 tahun, meraih enam pencalonan APM, yang tertinggi dalam kalangan artis Singapura.





