KOTA BHARU: "Aidilfitri kali ini bagai tiada makna buat kami apabila kehilangan tujuh ahli keluarga sekali gus," kata Encik Ahmad Latfi Mat@Mohamad, 62 tahun, bapa dua mangsa yang maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Gua Musang-Kuala Krai, awal pagi semalam.
Beliau yang ditemui di Kampung Kubang Badak, di sini, dilihat mengalirkan air mata kerana masih lagi tidak percaya apabila...





