KUALA LUMPUR: Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) merangkumi peraturan pendaftaran, penjualan, pembungkusan, pelabelan dan larangan merokok di tempat awam, mula berkuat kuasa pada 1 Oktober.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi media sosial, peraturan dan perintah yang bakal dikuatkuasakan termasuk rokok elektronik atau vape.





