Kira-kira 70 peratus, atau tujuh daripada 10 warga Singapura, yang ditinjau oleh Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI) pada Jun, berkata mereka menyokong cara pemerintah mengendali dasar luar dan percaya ia akan bertindak demi kepentingan terbaik negara.
Tinjauan itu menunjukkan rakyat Singapura sangat mengharapkan pemerintah bertindak demi kepentingan terbaik Singapura melangkaui pandangan peribadi mereka terhadap Amerika Syarikat atau China, manakala...





