Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) akan menjalankan satu siasatan menyeluruh bagi memastikan apa yang berlaku dan mengenal pasti ruang pembaikan menyusuli gangguan perkhidmatan MRT kepada Laluan Timur-Barat (EWL) pada 25 September, kata Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat.
Berkata demikian dalam catatan Facebooknya pada 25 September, Encik Chee berkata bahawa terdapat kemungkinan perkhidmatan kereta api biasa tidak dapat diteruskan pada 26...





