WEST PALM BEACH (Florida): Calon presiden Republikan, Encik Donald Trump, terselamat pada 15 September selepas Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat menggagalkan apa yang disebut oleh Biro Siasatan Federal (FBI) sebagai satu percubaan membunuh yang jelas ketika beliau bermain di padang golfnya di West Palm Beach, Florida.
Ejen Perkhidmatan Rahsia ternampak seorang lelaki bersenjata di semak berhampiran garisan sempadan Kelab Golf Antarabangsa...





