Mulai Pilihan Raya Umum (GE) akan datang, Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) boleh mengeluarkan arahan pembetulan kepada individu yang menerbitkan kandungan yang dijana atau dimanipulasi secara digital dalam talian.
Secara khususnya, ia melibatkan kandungan seperti palsu mendalam, atau ‘deepfake’, yang secara realistik menggambarkan calon pilihan raya berkata atau melakukan sesuatu yang beliau sendiri tidak katakan atau lakukan.





