JOHOR BAHRU: Seorang pegawai polis bersama tiga lagi anggotanya ditahan selepas disyaki memeras ugut dua ahli perniagaan dan meminta wang sebanyak RM45,000 ($13,549) bagi menyelesaikan kes penyeludupan manusia.
Keempat-empat mereka yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, Masai, Johor, ditangkap akhir Ogos bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan.





