TEL AVIV: Israel dilanda gelombang protes besar-besaran berikutan kematian enam tebusan di Gaza yang semakin meningkatkan kemarahan rakyat terhadap kegagalan kepimpinan negara itu untuk mencapai perjanjian gencatan senjata bagi membebaskan tebusan-tebusan Israel.
Media Israel melaporkan bahawa sehingga 500,000 orang berarak di jalanan sepanjang Baitulmakdis, Tel Aviv, dan bandar-bandar lain di samping menuntut agar Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, melakukan...





