Anggota kumpulan nasyid, Saujana, Dr Idzu Baharin, menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam, pada 26 Ogos.
Dr Idzu atau nama sebenar, Khairul Idzwan Baharin, 43 tahun, berkata anugerah itu diterima atas jasa, pengorbanan dan tanggungjawab selepas hampir tiga dekad berkecimpung dalam bidang keusahawanan...





