JAKARTA: Semua laluan bagi Encik Anies Baswedan dijangka tertutup untuk pemilihan semula gabenor Jakarta, selepas 10 daripada 11 parti yang mempunyai kerusi di Majlis Bandaraya menyokong pasangan gabenor Encik Ridwan Kamil dan Encik Suswono pada pemilihan ketua wilayah November ini.
Pada 19 Ogos, pakatan pilihan raya bersama-sama mengumumkan pencalonan Encik Ridwan, bekas gabenor Jawa Barat yang popular dan ahli politik...





