Usahawan selebriti dan pempengaruh media sosial dari Malaysia, Khairul Aming, memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak terpedaya dengan satu video palsu yang menampilkan wajah serta suaranya yang mendakwa gudangnya ditimpa banjir dan beliau mahu menjual kuali untuk menampung kos bagi memperbaikinya.
Dalam satu kiriman di Instagram, Khairul, 31 tahun, mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dan tidak mudah tertipu dengan...





