Seorang warga Singapura menjadi orang pertama dihadapkan ke mahkamah, setahun selepas kes pengubahan wang haram terbesar di Singapura melibatkan 10 individu asal China terbongkar, lapor The Straits Times.
Liew Yik Kit, 41 tahun, adalah bekas pemandu peribadi kepada warga Kemboja, Su Binghai, yang melarikan diri semasa siasatan dan dikehendaki kerana terlibat dalam dakwaan kesalahan pengubahan wang haram. Liew berdepan dua...





