Seramai 6,774 individu menerima anugerah pingat dan penghargaan sempena Hari Kebangsaan 2024.
Dalam satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada 9 Ogos, penerima pingat tertinggi negara kali ini, iaitu Darjah Utama Nila Utama (Dengan Kepujian), disandang pengerusi Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), Encik Peter Ho.






