EMAK tidak bersetuju dengan rancangan aku itu. Emak membantah dengan keras. Diikuti dengan lontaran kata-kata yang menikam dan tajam. Mati-mati emak tidak mahu aku meneruskan rancangan aku itu. Yang dianggapnya keterlaluan. Sebabnya aku dituduh emak membelakangkannya. Membelakangkan keluarga apabila membuat rancangan. Mahupun keputusan. Walaupun rancangan itu adalah untuk mencorakkan kehidupan aku sendiri.
Aku sudah berkira-kira. Mencerna di dalam minda. Sudah...





