SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Oh! Singapuraku

Premium

Oh! Singapuraku

Nov 29, 2020 | 5:30 AM

Oh! Singapuraku

EMAK tidak bersetuju dengan rancangan aku itu. Emak membantah dengan keras. Diikuti dengan lontaran kata-kata yang menikam dan tajam. Mati-mati emak tidak mahu aku meneruskan rancangan aku itu. Yang dianggapnya keterlaluan. Sebabnya aku dituduh emak membelakangkannya. Membelakangkan keluarga apabila membuat rancangan. Mahupun keputusan. Walaupun rancangan itu adalah untuk mencorakkan kehidupan aku sendiri.

Aku sudah berkira-kira. Mencerna di dalam minda. Sudah tiba waktunya aku menghala kompas kehidupan aku sendiri. Demi membina masa depan aku yang konkrit dan utuh. Telah sampai ketikanya aku mewarnakan kanvas landskap kehidupan aku dengan warna-warna pilihan aku sendiri. Sambil itu menggerakkan sendiri garisan-garisan landskap yang mampu menceritakan manifestasi perjalanan hidup aku. Walaupun jika aku gagal sampai di garisan penamatnya. Sekurang-kurangnya aku dapat mempelajari daripada kegagalan aku itu. Aku bukan seorang egois.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg