MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) semalam menjenamakan semula pusat pembangunan sosialnya menjadi Pusat Pelita, dengan tumpuannya diperluas kepada usaha membina keupayaan sektor masjid, termasuk dalam membantu penerima zakat.
Ini termasuk mengadakan program baru - Inisiatif Leap - yang membolehkan sebahagian keluarga yang menerima bantuan zakat menyertai bengkel bantu diri, kursus pengurusan keluarga dan program pengayaan bagi kanak-kanak menerusi aplikasi telefon...





