SETELAH tiga tahun berusaha mencari pekerjaan yang berkaitan dengan bidang pengajiannya di universiti, Cik Nur Shazana Sanif berjaya mendapat kerja yang diidamkan baru-baru ini, setelah menyahut peluang latihan yang ditawarkan.
Beliau kini bergelar ahli teknologi perubatan di makmal tempat beliau menjalani program latihan sambil kerja bagi kursus Latihan Pengujian Virus RNA berasaskan Molekul yang diikutinya.





