SATU skim untuk membantu kanak-kanak kecil daripada keluarga berpendapatan rendah akan dipertingkat menerusi kerjasama baru dengan beberapa rakan kongsi yang menyediakan latihan pelbagai disiplin untuk pengamal skim itu.
Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) dan Yayasan Temasek (TF) dengan kerjasama Politeknik Nanyang (NYP) dan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura semalam melancarkan program latihan pelbagai disiplin untuk pengamal yang menyokong pembangunan kanak-kanak daripada...





