KADAR Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) akan diturunkan ke paras sifar di dua lokasi mulai Isnin depan (23 Nov) untuk cuti sekolah Disember.
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata ERP Ekspreswe Central (CTE) menghala ke selatan sebelum Braddell Road tidak akan dikenakan sebarang bayaran dari 8 pagi hingga 8.30 pagi, turun daripada $1 buat masa kini.





