PARIS: Seorang lelaki bersenjatakan pisau ditangkap di bandar Lyon di tenggara Perancis pada Khamis (29 Okt) ketika dia hendak menaiki trem, kata sumber yang dekat dengan siasatan itu kepada AFP.
Suspek warga Afghanistan berusia 20-an tahun itu, yang mengenakan pakaian tradisional Afghanistan, sebelum ini telah dipantau badan perisik Perancis, kata sumber tersebut.





