SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Polis Perancis berkas lelaki Afghanistan bersenjatakan pisau di Lyon

Polis Perancis berkas lelaki Afghanistan bersenjatakan pisau di Lyon

Oct 29, 2020 | 11:25 PM

Polis Perancis berkas lelaki Afghanistan bersenjatakan pisau di Lyon

JALANAN DIKAWAL RAPI: Beberapa pegawai polis Perancis mengawal rapi beberapa jalanan di pintu masuk gereja Notre Dame Basilica menyusuli serangan pisau yang mengorbankan tiga nyawa. - Foto EPA-EFE
JALANAN DIKAWAL RAPI: Beberapa pegawai polis Perancis mengawal rapi beberapa jalanan di pintu masuk gereja Notre Dame Basilica menyusuli serangan pisau yang mengorbankan tiga nyawa. - Foto EPA-EFE -

PARIS: Seorang lelaki bersenjatakan pisau ditangkap di bandar Lyon di tenggara Perancis pada Khamis (29 Okt) ketika dia hendak menaiki trem, kata sumber yang dekat dengan siasatan itu kepada AFP.

Suspek warga Afghanistan berusia 20-an tahun itu, yang mengenakan pakaian tradisional Afghanistan, sebelum ini telah dipantau badan perisik Perancis, kata sumber tersebut.

"Dia membawa pisau sepanjang 30cm dan sedang bersiap untuk bertindak," kata Pierre Oliver, mayor distrik pentadbiran kedua Lyon kepada AFP.

Dia kini sedang disoal siasat dan mungkin akan menjalani ujian psikologi, kata sumber itu.

Perancis pada awal Khamis telah digegarkan dengan kematian tiga orang yang ditikam di sebuah gereja di bandar pesisir pantai Nice.

Penyiasat menganggap kejadian tersebut serangan pengganasan. - AFP

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg