Pekerja asing beragama Islam di sini telah mendapat sokongan bagi keperluan agama mereka sepanjang Ramadan ini, meskipun pergerakan mereka disekat akibat Covid-19, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).
Ini termasuk memberi mereka panduan menghayati Ramadan di pusat pengasingan dan bahan multimedia, termasuk khutbah yang diberikan dalam bahasa Benggali, serta peralatan ibadah seperti sejadah dan makanan berbuka puasa.





