SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Pekerja asing Muslim di sini dapat sokongan keperluan agama sepanjang Ramadan: Muis

Pekerja asing Muslim di sini dapat sokongan keperluan agama sepanjang Ramadan: Muis

May 22, 2020 | 6:56 PM

Pekerja asing Muslim di sini dapat sokongan keperluan agama sepanjang Ramadan: Muis

77fcd011-2b79-463c-b24b-b927877a5365
-

Pekerja asing beragama Islam di sini telah mendapat sokongan bagi keperluan agama mereka sepanjang Ramadan ini, meskipun pergerakan mereka disekat akibat Covid-19, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).

Ini termasuk memberi mereka panduan menghayati Ramadan di pusat pengasingan dan bahan multimedia, termasuk khutbah yang diberikan dalam bahasa Benggali, serta peralatan ibadah seperti sejadah dan makanan berbuka puasa.

Dalam kenyataannya, Muis berkata ia telah mendekati secara aktif golongan pekerja asing di sini bagi memberi mereka sokongan semasa Ramadan dalam tempoh pemutus litar.

"Ini penting bagi memastikan pekerja asing beragama Islam di ini mengalami Ramadan yang penuh bermakna dalam keadaan Covid-19 yang telah menjejas mereka dengan ketara," kata Muis.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg