Di sebalik ekonomi dijangka meleset tahun ini disebabkan penularan Covid-19, banyak sektor yang terjejas akibat permintaan yang merosot. Sekalipun selepas tempoh pemutus litar berakhir nanti, norma-norma perniagaan akan berubah kerana langkah pencegahan seperti jarak selamat akan terus dilaksanakan. Dengan perubahan itu, bidang-bidang digital seperti dagangan elektronik, telekomunikasi 5G dan penjagaan kesihatan menggunakan teknologi (telehealth) merupakan antara bidang baru yang akan...





