KUALA LUMPUR: Polis Malaysia telah menangkap seorang lagi lelaki Singapura yang disyaki terlibat dalam pengedaran dadah ke Singapura menggunakan dron.
Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, lelaki berusia 41 tahun itu ditangkap pada Selasa (23 Jun) di sebuah kondominium di Johor Bahru - pada hari yang sama seorang lagi suspek digelar Boy Setan, juga warga Singapura, ditahan.





