MASSACHUSETTS: Penghantaran telefon pintar di seluruh dunia dijangka turun sebanyak 11.9 peratus tahun ini - penurunan tahunan terbesar - menunjukkan keadaan akan bertambah buruk bagi industri itu sebelum mereka menjadi lebih baik.
Dalam ramalan pasaran terbarunya, firma penyelidikan IDC menjangkakan penghantaran 1.2 bilion tahun ini, turun dari hanya 1.4 bilion tahun lalu, lapor akhbar The Straits Times hari ini.





