SOUTHAMPTON (United Kingdom): Manchester City tewas buat kali kesembilan dalam liga musim ini apabila jaringan cantik Che Adams, yang pertama buat Southampton, mengakibatkan kekalahan buat skuad Pep Guardiola 0-1 kelmarin.
Hanya empat hari lalu selepas membelasah juara baru Liverpool 4-0 Khamis lalu, City dedahkan mengapa mereka ketinggalan 23 mata di belakang The Reds di puncak tangga liga setelah kesilapan pertahanan...





