Premium
Juara lama kecewa, kalah kali ke-9
Jul 7, 2020 | 5:30 AM
WIRA PASUKAN: Che Adams (kiri) bersama rakan sepasukan meraikan satu-satu gol dalam kemenangan Southampton ke atas Manchester City di St. Mary's kelmarin. - Foto REUTERS -
SOUTHAMPTON (United Kingdom): Manchester City tewas buat kali kesembilan dalam liga musim ini apabila jaringan cantik Che Adams, yang pertama buat Southampton, mengakibatkan kekalahan buat skuad Pep Guardiola 0-1 kelmarin.
Hanya empat hari lalu selepas membelasah juara baru Liverpool 4-0 Khamis lalu, City dedahkan mengapa mereka ketinggalan 23 mata di belakang The Reds di puncak tangga liga setelah kesilapan pertahanan dan beberapa peluang gol gagal dijaringkan menghukum mereka di St. Mary's.

