Melihat kegembiraan di wajah pelanggan apabila pasukannya dapat membantu mencari penyelesaian kecerdasan buatan (AI) untuk masalah kerja harian mereka, adalah salah satu sebab mengapa Cik Siti Nuruljannah Baharudin, yang berusia lewat 30-an, seronok bekerja di AI Singapura.
Sebagai seorang Jurutera AI di AI Singapura, beliau adalah sebahagian daripada pasukan program 100 Eksperimen (100E) yang membantu syarikat dan organisasi mencari penyelesaian...





