Daripada bimbang sama ada kecerdasan buatan (AI) dan teknologi akan mengambil alih pekerjaan kita pada masa hadapan, rakyat Singapura harus berfikir bagaimana mereka boleh memanfaatkannya untuk mempermudah kerja dan kehidupan mereka, kata mantan Menteri, Profesor Yaacob Ibrahim.
Berkongsi pandangan beliau bersama Berita Harian (BH), Dr Yaacob, yang kini merupakan Penasihat bagi AI Singapura, berkata AI dan teknologi sudah menjadi sebahagian...





