LONDON: Putera Harry berkata beliau amat sedih perlu menamatkan peranan dirajanya setelah bersetuju dengan Ratu Elizabeth bahawa beliau dan isterinya, Meghan Markle, akan berundur dari peranan rasmi mereka dan menjalani kehidupan lebih berdikari.
Istana Buckingham dan ratu mengumumkan pada Sabtu lalu bahawa Putera Harry dan Meghan tidak lagi akan menggunakan gelaran "royal highness" mereka atau menerima sebarang pembiayaan awam.





