JOHOR BAHRU: Penyanyi popular era 1980-an, Zaleha Hamid, 65 tahun, yang terlantar akibat diserang angin ahmar peringkat permulaan kini sudah mampu menggerakkan kaki dan tangannya selepas menjalani terapi dan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.
Suaminya, Ungku Sulaiman Ungku Aziz, 55 tahun, berkata beliau dan dua anaknya, Ungku Chik Zafirul Azman, 32 tahun, dan Ungku Muhammad Danial, 24...





